MIC mahu semua ketua bahagian dan cawangan parti itu di Selangor menyokong penuh calon Barisan Nasional (BN) yang akan dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.


Naib Presiden MIC Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata beliau mahu ketua bahagian parti berkenaan di Selangor akur dan menerima sepenuhnya calon yang diputuskan kepimpinan tertinggi BN.
“Saya tidak mahu nanti pelbagai isu sengaja ditimbulkan sehingga menggugat peluang calon untuk menang.

Comments