Ketua Polis Negara harus bertanggung jawab atas kejadian di kuil Sea field.

Ketua Polis Negara harus bertanggung jawab atas  kejadian di kuil Sea field.

Subang Jaya, Nov.26-
        Pada 26.11.2018 satu lagi sejarah hitam kepada masyarakat india di bumi tanah tumpahnya darah kita.
Kepercayaan kepada Tuhan adalah hak istimewa kepada semua kaum tidak kira bangsa dan agama. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum masih setia dan hormat kepada kepercayaan dan kebudayaan kaum lain.
Apa yang terjadi di Sea Field Temple bukanlah satu rusuhan kaum tetapi hati masyarakat india diguris oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab atas keperihatinan masyarakat minority ini kata Naib President MIC Dato T. Murugiah.
         Pelangaran sekumpulan orang di dalam kuil Seafield adalah salah lebih – lebih lagi mencederakan penganut malah wanita juga dikasari dengan mengunakan senjata yang tajam. Adakah ini demokrasi kita sebagai rakyat Malaysia?
Pihak Polis mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke tempat kejadian, apakah Motif mereka?  Disini saya selaku Naib President MIC minta Ketua Polis Negara TanSri Fuzi Harun menjelaskan kenapa Polis Tidak menjalankan tugas mereka dimana Polis harusnya menjaga keselamatan masyarakat.
Kami sebagai masyarakat India di Malaysia minta Ketua Polis Negara memberikan keterangan dan bukti siasatan Polis keatas Pelangaran yang berlaku di tempat beribadah kami dalam masa 24 jam. Kalau beliau gagal menunaikan permintaan kami, kami menggangap beliau tidak layak untuk berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan harus meletakan jawatan Beliau serta merta kata mantan timbalan menteri  jabatan perdana menteri  Dato T. Murugiah.

Comments