Ahli Parlimen BN Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mungkin kena saman fitnah! -P.Waytha Moorthy

Ahli Parlimen BN Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mungkin kena saman fitnah!
-P.Waytha Moorthy

KUALA LUMPUR, DIS 4: Sejak tiga hari yang lalu, Ahli Parlimen BN Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali telah mengeluarkan pelbagai kenyataan palsu dan berunsur fitnah mengenai saya seolah-olah saya telah menghina masyarakat Melayu dan Islam di negara ini.

Pada pandangan saya, kenyataan kedua-dua pemimpin ini merupakan tuduhan liar dan ‘ucapan benci’ untuk menghasut orang ramai menghadiri perhimpunan anti-ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Kaum Diskriminasi) yang dianjurkan oleh PAS dan Umno, dijadualkan Ahad ini.

Saya telah menjadi sasaran sejak menjawab soalan di Dewan Rakyat mengenai ICERD sebulan yang lalu dan tuduhan-tuduhan liar dan pembohongan mengenai saya telah dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai motif tersembunyi.

Saya memberi kedua-dua pemimpin ini 24-jam untuk menarik balik kenyataan mereka dalam media baru-baru ini atau bersedia menghadapi saman fitnah daripada saya.

Saya memilih saluran ini kerana saya merasakan ianya akan menjadi saluran terbaik untuk membersihkan nama saya daripada tohmahan-tohmahan melulu.

Kenyataan oleh Tajuddin Abdul Rahman dan Ibrahim Ali tidak membantu dalam menyatukan negara dan sudah pasti ianya tidak sesuai untuk sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia.

SEKIAN TERIMA KASIH
Senator P. Waytha Moorthy.

Comments