PROGRAM KEBAJIKAN “KEMBALI KE SEKOLAH 2019” MALIK STREAMS CORPORATION MENYUMBANG RM50,000

PROGRAM KEBAJIKAN “KEMBALI KE SEKOLAH 2019”
MALIK STREAMS CORPORATION MENYUMBANG RM50,000

Kuala Lumpur, Des.22- Sebagai usaha tanggungjawab sosial korporat, Malik Streams Corporation Sdn Bhd mengadakan pelbagai program dan aktiviti amal yang melibatkan anak-anak yatim, warga emas, ibu tunggal hampir setiap tahun.

Aktiviti amal ini biasanya diadakan pada bulan perayaan dengan tujuannya untuk mengurangkan beban golongan yang tidak berkemampuan. Antara kerja amal yang syarikat kami telah laksanakan adalah bantuan dari segi bekalan wang, makanan dan barangan keperluan kepada anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya, warga emas dan juga menaja umat Islam ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Kami melakukan kerja amal ini kepada 3,000 orang dalam setahun.
Sebagai inisiatif baru bagi tahun ini, syarikat Malik Streams Corporation telah merancang untuk membantu seramai 151 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada golongan darjah satu hingga tingkatan lima yang kurang berkemampuan dan sangat memerlukan dengan menghulurkan bantuan keperluan sekolah sempurna seperti baju seragam, beg sekolah, kasut dan barang kelengkapan lain yang bernilai RM 200 bagi setiap set serta penyediaan makanan tengahari bagi para pelajar dengan jumlah anggaran perbelanjaan program iaitu RM 50,000 secara keseluruhannya.
Program kebajikan ini berlangsung di Sarah Hughes @ Globe, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Kami memulakan perancangan program ini pada 1 Disember dengan pemaparan iklan bantuan ini melalui media sosial syarikat kami, serta melakukan perkongsian info berkenaan bantuan ini dalam Whatsapp. Melalui sebaran tersebut, kami mendapati 500 pemohon daripada seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan jumlah pemohon, kami dapat memilih 151 pemohon daripada negeri Kuala Lumpur dan Selangor yang layak menerima bantuan pada kali ini. Tambahan pula, kami sedang pun merancang untuk mengadakan program ini di negeri Pulau Pinang tidak lama lagi dan di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Inisiatif kami ini akan membantu dan memberi peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran dengan baik, mempertingkatkan prestasi akademik pelajar serta memberi dorongan dan sokongan moral kepada ibu bapa dan juga keluarga dalam membantu memperkasakan tahap pendidikan anak-anak.

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Ybhg Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer merupakan syarikat produksi perfileman hindi dan tamil yang terbesar di Malaysia dan telah berjaya membawa masuk beberapa filem hindi dan tamil  ‘box office’ ke dalam Negara. Antara filem yang dibawa masuk ke Malaysia ialah ‘KABALI’, ‘LINGGA’, ‘SINGAM 3’, dan ‘Dilwale’.
-Desam4u

Comments