ROZAN AZEN MAT RASIP MEMOHON MAAF & MENARIK BALIK NIAT & KENYATAAN PENGUMUMAN PERLETAKAN JAWATAN SAYA SEBAGAI SETIAUSAHA AHLI PARLIMEN BATU (P.115) YB PRABAKARAN

ROZAN AZEN MAT RASIP 
MEMOHON MAAF & MENARIK BALIK NIAT & KENYATAAN PENGUMUMAN PERLETAKAN JAWATAN SAYA SEBAGAI SETIAUSAHA AHLI PARLIMEN BATU (P.115) YB PRABAKARAN

KUALA LUMPUR, DIS.24-Adalah dengan ini, setelah berjumpa dengan Sdr Tian Chua ( Ketua KEADILAN Cabang BATU merangkap Naib Presiden KEADILAN Malaysia), serta beberapa pihak lain, maka saya dengan ini menarik balik pengumuman perletakan jawatan saya sebagai Setiausaha Ahli Parlimen BATU (P.115) YB Prabakaran yang telah saya umum pada Sabtu 22 Disember 2018 lalu kata Rozan Azen.

Penarikan balik pengumuman perletakan jawatan saya ini juga dibuat setelah mengambilkira desakan - rayuan sejumlah besar orang awam terutamanya dalam / daripada kawasan Parlimen BATU yang telah dimaklumkan dan diterima oleh saya. Keseluruhannya mahukan saya kekal berkhidmat di Parlimen BATU dengan jawatan - tugasan yang ditelah disandang oleh saya itu sejak tahun Januari 2010 hinggalah kini (dibawah dua orang Ahli Parlimen yang berturutan) Katanga.

Tindakan menarik balik perletakan jawatan ini juga atas nasihat yang telah diberikan oleh Presiden Parti KEADILAN Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim agar diusahakan ke arah penyelesaian yang terbaik.

Saya memohon maaf kepada masyarakat awam sekiranya perkara - isu ini telah menyusahkan atau mengakibatkan salah faham berlaku antara mana-mana pihak terutamanya para penduduk - pengundi Parlimen BATU yang amat saya hargai sokongan dan selalu hormati nasihat mereka.

Saya juga dengan ini memohon maaf kepada majikan saya Ahli Parlimen BATU YB P. Prabakaran seandainya tindakan dan pengumuman perletakan jawatan saya itu dibuat secara terburu-buru dan telah mendatangkan kesusahan dalam apa-apa keadaan dan implikasi kata Naib Ketua KEADILAN Cabang BATU Rozan Azen Mat Rasip.

Comments