Takziah untuk keluarga Muhammad Adib -Senator Waythamurthy

Takziah untuk keluarga Muhammad Adib
-Senator Waythamurthy

Kuala Lumpur, Dis. 18- 
         Saya ingin mengucapkan takziah saya yang tidak terhingga kepada keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, yang telah meninggal dunia hari ini kata menteri di jabatan perdana menteri.
       Kami berkongsi kesedihan keluarga beliau dan negara berkabung bersama-sama dengan keluarga Muhammad Adib dalam masa getir ini kata beliau.
       Muhammad Adib adalah seorang ahli bomba yang berani dan berwibawa, berkhidmat untuk negara dengan penuh dedikasi.
Pihak polis sedang bekerja keras bagi memastikan pesalah jenayah kejam ini dibawa ke muka pengadilan dengan pantas.
        Sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mendoakan Muhammad Adib ditempatkan bersama-sama yang beriman.
     Fabrik sosial negara ini terbina daripada perpaduan dan keamanan yang dikecapi dalam 60 tahun yang lalu dan marilah kita bersama-sama berdoa untuk Muhammad Adib dan keluarga beliau pada masa yang mencabar ini kata waythamurthy.

Comments