Berita Tamil 24 jam yang pertama di Malaysia, Boleh dilayari saluran Tamil Kooflix bermula Februari, kata pengasas portal Desam

Berita Tamil 24 jam yang pertama di Malaysia, Boleh dilayari saluran Tamil Kooflix bermula Februari, kata pengasas portal Desam 

G.Mugeswaran

KUALA LUMPUR, JAN.31-
Pengasas merangkap Ketua Editor media Desam, Gunalan Manium menyatakan Malaysia bakal akan mempunyai berita Tamil 24 jam pertama yang dikenali sebagai "Berita Desam" di saluran Tamil Kooflix sebuah sesawang TV ditalian.

"Buat masa ini Malaysia tidak mempunyai saluran khas untuk berita Tamil 24 jam. Untuk merealisasikan, Kooflix sedia melayarkan 'Berita Desam'," kata Gunalan.

Gunalan yang mempunyai pengalaman 28 tahun di industri media, memulakan kariernya pada tahun 1990. Disusuli, pada tahun 2008, beliau memulakan akhbar terbitan sendiri sebelum menukar ia sebagai portal harian. Pada tahun 2018 beliau turut menceburi TV atas talian dan kini bersama Kooflix melancarkan berita Tamil 24 jam. Untuk rekod, Kooflix akan muncul dengan 50 saluran Tamil, berita, muzik dan radio.

Menyentuh berita Tamil 24 jam, Gunalan turut mengesahkan saluran akan membawa temuramah ekslusif, ulasan pemimpin politik, kajian selidik orang awam, pencarian Desam, fokus Desam dan sebagainya.

"Kooflix juga akan membawa rancangan-rancangan daripada Tamil Nadu, Eropah, Kanada, Sri Lanka. Saluran ini kini dimililki Koocan turut mempunyai lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Tambahnya, saluran Kooflix turut boleh dinikmati melalui telefon pintar. Pada masa yang sama ia juga menyediakan perkhidmatan decoder kepada pelanggan isi rumah.

"Decoder ini diberi dengan kabel HDMI dan alat kawalan jauh. Kita hanya perlu memasang decoder ini dengan televisyen menikmati rancangan yang ditayangkan."

Untuk melanggan, pelanggan hanya perlu membayar yuran tahunan RM399 sahaja.

"Dengan bayaran yang kecil sebegini pelanggan boleh melayari 50 saluran tanpa sebarang gangguan termasuk 'Berita Desam'," jelas Gunalan lagi.

Comments