Golongan B40 akan sentiasa diberi keutamaan KPKT Turut Beri Perhatian Khusus Bagi Golongan M40 -Hajah Zuraida Kamaruddin

Golongan B40 akan sentiasa diberi keutamaan
KPKT Turut Beri Perhatian Khusus Bagi Golongan M40
-Hajah Zuraida Kamaruddin


Putrajaya, Jan. 29- Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus melaksanakan dasar dan polisi pembangunan yang akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang ekonomi.

Fokus terkini kementerian adalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh golongan B40 terlebih dahulu, kerana golongan ini merupakan yang paling terkesan dalam usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

Golongan B40 adalah mereka yang berpendapatan isi rumah sebanyak RM3,000.00 ke bawah, sekaligus amat sukar untuk golongan ini mendapat peluang untuk memiliki rumah mereka sendiri sekiranya tidak diberikan perhatian serius dan dibantu oleh Kerajaan Malaysia dengan kadar segera.

ADVERTISEMENT




 ADVERTISEMENT

Namun begitu, bagi golongan M40, KPKT turut memberikan perhatian khusus dan terdapat kajian-kajian terperinci yang sedang dilaksanakan bagi mendapat makluman dan perincian sebelum   satu pelan tindakan yang efektif dapat dilaksanakan.

Penyelesaian secara holistik melalui dasar dan polisi baharu sedang dirancang oleh KPKT bagi membolehkan golongan M40 mendapat peluang untuk memiliki rumah mereka sendiri.

YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan

Comments