Apakah Sivarasa masih lena menjawap soalan kami? tegas Dato VS Mogan mantan Ketua Perhubungan MIC Kebangsaan.

Apakah Sivarasa masih lena menjawap soalan kami? 
tegas Dato VS Mogan mantan Ketua Perhubungan MIC Kebangsaan.

Jega theesan T.Sillvarasu

KUALA LUMPUR, FEB.13-Suatu ketika dahulu Timbalan Menteri Luar Bandar YB Tuan Sivaraja telah bernekad memastikan kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera ke MRSM itu akan disempurnakan penuh iaitu 10%. Malah, kami rasa kecewa atas sikap mendiamkan diri walau apajua soalan yang kami tujukan kepada beliau mengenai isu kemasukkan pelajar bertaraf bukan bumiputera ke MRSM sekarang tegas Dato VS Mogan mantan Ketua Perhubungan MIC Kebangsaan.

Beliau juga telah mengkritik  bahawa kerajaan dahulu telah leka dalam mendapatkan peluang kemasukkan MRSM khususnya kepada pelajar kaum India melalui kenyataan akhbar terlebih dahulu.

ADVERTISEMENT



 ADVERTISEMENT

Walhal, pelajar India telah pun menuntut pelajaran di MRSM di bawah kerajaan dahulu merupakan suatu bukti yang kukuh bahawa ia merupakan amalan kerajaan BN semenjak tahun 2002. Jelas buktinya bahawa kenyataan beliau telah bercanggah dengan dasar kerajaan kita. Jikalau betul kenyataan beliau maka haruslah Tuan Sivarasa bagitahu kepada kami berapakah jumlah pelajar khususnya kaum india yang layak melanjutkan pelajaran di MRSM di bawah kerajaan PH sekarang. Adakah jumlah pelajar indianya telah memenuhi kuota agihan bukan bumiputera mengikut dasar kerajaan. Sikap mendiamkan diri  beliau akan memudaratkan lagi malah menghilangkan kepercayaan rakyatnya nanti hujarnya lagi Dato VS Mogan.

Pada masa yang sama beliau juga harus sedar bahawa lantikan beliau sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar daripada golongan kaum India telah mewujudkan kepercayaan kaum India demi kesejahteraan Hidup masyarakat kita. Beliau juga harus mengingat kembali jasa baik mantan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu YBhg Tan Sri Kumaran dan YBhg Datuk Seri G.Palanivelu yang telah memperkenalkan beberapa pelan pembangunan kesejahteraan dan juga latihan kemahiran bernamakan Sutra Sari tambah beliau.

Oleh yang demikian, amatlah saya berharap bahawa Tuan Sivarasa akan menunjukkan sikap bertanggungjawab beliau dalam menangani isu serta menjawap soalan yang kami tujukan demi kepentingan dan kebaikan pelajar kaum India untuk menuntut ilmu di MRSM  katanya Dato VS Mogan.

Comments