Kajian: Teknologi android murah adalah kehendak masa

Kajian: Teknologi android murah adalah kehendak masa 

BY GUNALAN MANIUM

KUALA LUMPUR: FEB 24- Penggunaan teknologi android yang murah adalah sesuatu yang mustahak dan kehendak masa dalam perkembangan industri teknologi dunia, lapor sebuah kajian baru-baru ini.

Menurut kajian yang dibuat oleh portal Desam, rakyat Malaysia perlu diberi kebenaran untuk menggunakan perkhidmatan teknologi android khususnya android tv berpandukan internet yang lebih murah berbanding perhidmatan saluran bersatelit.

"Dunia kini sudah berada di tapak tangan. Manusia mula merancang untuk menetap di bulan. Pada tahun 2030, manusia akan berkemampuan untuk menetap ke bulan. Jadi, tiada salah rakyat menggunakan kemudahan-kemudahan yang diperolehi melalui internet," kata kajian itu lagi.

ADVERTISEMENT



 ADVERTISEMENT

Tambah kajian itu, buat masa ini perkhidmatan saluran-saluran berteknologi satelit adalah satu kebebanan kepada rakyat.

"Mereka dikenakan bayaran yang tinggi untuk menikmati saluran-saluran yang dipilih sahaja. Tetapi, dengan teknologi android TV, rakyat boleh menikmati lebih 50 saluran dengan bayaran jaun lebih rendah. Lebih merana, perkhidmatan berasaskan satelit sering tergendala ketika hujan, sebaliknya teknologi android TV tidak mempunyai sebarang masalah sedemikian," jelasnya.

Kajian tersebut turut menafikan bahawa android TV merencatkan perniagaan syarikat-syarikat yang satelit.

"Sebagai contoh, selepas memperkenalkan perkhidmatan Grab dan Uber, ia memang memberi impak kepada teksi. Tetapi, rakyat lebih minat menggunakan Grab berbanding teksi. Jadi, apa masalah buat yang sama dalam industri komunikasi?

"Berpandukan revolusi industri teknologi, rakyat Malaysia berhak untuk menggunakan perkhidmatan android TV, " ujar kajian Desam lagi.

Comments